Pages

Friday, June 5, 2009

ST Paul's Banting 1966 & 2008



Agama mendidik penganutnya untuk melakukan kebaikan serta menerap semangat saling hormat menghormati antara satu sama lain

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Mong Dagang berkata, aspek keagamaan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup penduduk berbilang kaum di negeri ini.
Menurutnya, agama mendidik para penganutnya untuk melakukan kebaikan serta menerap semangat saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Semua agama mengajak para penganutnya berbuat kebaikan serta menyemai sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Tiada agama di negeri ini yang mengajar penganutnya untuk berbuat kejahatan serta saling tidak menghormati antara satu sama lain dan (jika ada) agama seumpama itu tidak harus wujud di negeri ini demi mengelak perpecahan di kalangan masyarakat,” katanya.
Mong berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis makan malam Diocese Of Kuching Saint Paul’s Church Banting, Lingga di sebuah restoran di sini baru-baru ini.
Dalam majlis itu Mong mengumumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM10,000 bagi membaiki atap gereja Saint Paul’s Banting.
Sehubungan itu Mong mengajak golongan berpendidikan yang berasal dari perkampungan Banting yang kini menetap di bandar agar membantu membangunkan Gereja Saint Paul yang pernah menjadi tempat mereka bersembahyang sebelum ini.
“Saya sedar ramai golongan cerdik pandai yang berasal dari Banting yang kini sudah memperolehi kerja yang baik dan menentap di bandar.
“Jadi berusaha untuk sama–sama memajukan gereja yang tertua di Sri Aman ini,” katanya.
Kembali menyentuh aspek keagamaan, Mong berkata ia menjadi salah satu daripada asas kepada wujudnya hubungan perpaduan yang amat kukuh di kalangan penduduk berbilang kaum terutama Melayu, Cina dan Dayak di negeri ini.
Tambah Mong, bukti wujudnya hubungan perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk menerusi faktor keagamaan di negeri ini dapat dilihat ketika masyarakat berbilang kaum menyambut perayaan utama secara bersama-sama setiap tahun.

Endur ti keterubah ia aku ngelala Kristian dalam taun 1982. Beratika gambar tu ngasuh ati enda betah ka pulai sembiang ditu. Arapka bala ransing agi ngereja pengawa Tuhan. Mupuk dulu aku.

No comments: