Pemburu di Belaga berjaya bunuh ular sawa gergasi
Tarikh : 18/03/2009Sumber : Utusan Borneo
KAPIT: Seorang pemburu Orang Ulu dari rumah panjang di Ulu Belaga berjaya membunuh seekor ular sawa gergasi sepanjang 30 kaki dengan berat lebih daripada 100 kilogram.
Beliau yang terjumpa dengan reptilia itu ketika berburu di dalam hutan di Ulu Belaga telah bertindak menembak ular sawa tersebut yang sedang kekenyangan selepas menelan seekor babi hutan sebesar tong gas.
Pemburu terbabit sempat merakamkan gambar ular sawa yang dibunuhnya dengan kamera telefon bimbitnya.
Beliau yang berusia dalam lingkungan 40-an memberitahu telah terjumpa ular berkenaan di tebing sungai ketika sedang pergi berburu. Beliau memberitahu terpaksa memotong badan ular itu kepada beberapa bahagian sebelum membawanya pulang ke rumah.
Berikutan penemuan ular sawa gergasi itu pelbagai spekulasi dan khabar angin bertiup kencang di pekan Kapit, kononnya ular tersebut adalah seekor ‘nabau’ yang kelihatan di Sungai Baleh sebelum ini dan berjaya dirakamkan gambarnya.
Bagaimanapun beberapa golongan tua kaum Iban menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu yang mendakwa kononya ada seekor ‘nabau’ muncul di sungai di Kapit dan mengatakan ular yang ditembak pemburu tersebut adalah seekor ular sawa yang sememangnya bersaiz besar.
Menurut penduduk terbabit yang berasal dari Baleh dekat sini, ‘nabau’ adalah seekor ular sangat besar malah berpuluh kali ganda lebih besar daripada ular sawa biasa. Ia adalah binatang misteri dan dianggap suci oleh masyarakat Iban serta tidak akan mungkin menunjukkan diri sebarangan kepada manusia.
“Nabau adalah legenda kaum Iban dan menurut legenda ia seekor ular yang sangat besar dengan panjangnya lebih 100 kaki, bertanduk satu dan mempunyai sisik seperti ‘pua kumbu’.
“Anda tidak akan dapat menemuinya melainkan dia ‘mencari’ kita dengan tujuan. Malah menurut kepercayaan Iban, seseorang itu akan mati selepas melihat ‘nabau’, inikan pula menunggu orang untuk membunuhnya. Tidak logik (merujuk kepada khabar angin yang tersebar baru-baru ini dan penemuan oleh pemburu berkenaan),” katanya lagi sambil berharap masyarakat setempat berhenti memainkan khabar angin berkenaan.